Saturday, 11 June 2016

لا تنظر الى الماضى فتحزن

 
لا تنظر الى الماضى فتحزن
ولا تخاف من المستقبل فتفشل
.
بل أترك همومك و افرح
وتوكل على ربك لتفلح
--------------------
Jangan kau tengok masa lalu kemudian kau sedih
Jangan kau takut pada masa depan kemudian kau gagal
.
Tapi, tinggalkanlah kesedihanmu dan bergembiralah.
Serta bertawakal-lah kepada Rabbmu. Supaya kau beruntung




KATA-KATA MUTIARA

1. خَيْرُ الأُمُوْرِ أَوْسَاطُهَا
Sebaik-baik perkara itu adalah pertengahanya (yang sedang saja).

2. لِكُلِّ مَقَامٍ مَقَالٌ وَلِكُلِّ مَقَالٍ مَقَامٌ
Tiap-tiap tempat ada kata-katanya yang tepat, dan pada setiap kata ada tempatnya yang tepat.

3. إِذاَ لمَ ْ تَسْتَحْيِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ
Apabila engkau tidak malu, maka berbuatlah sekehendakmu (apa yang engkau kehendaki).

4. لَيْسَ العَيْبُ لِمَنْ كَانَ فَقِيْرًا بَلِ العَيْبُ لِمَنْ كَانَ بَخِيْلاً
Bukanlah cela itu bagi orang yang miskin, tapi cela itu terletak pada orang yang kikir.

5. لَيْسَ اليَتِيْمُ الَّذِي قَدْ مَاتَ وَالِدُهُ بَلِ اليَتِيْمُ يَتِيْمُ العِلْمِ وَالأَدَبِ
Bukanlah anak yatim itu yang telah meninggal orang tuanya, tapi (sebenarnya) yatim itu adalah yatim ilmu dan budi pekerti.

6. لِكُلِّ عَمَلٍ ثَوَابٌ وَلِكُلِّ كَلاَمٍ جَوَابٌ
Setiap pekerjaan itu ada upahnya, dan setiap perkataan itu ada jawabannya.

7. وَعَامِلِ النَّاسَ بِمَا تُحِبُّ مِنْهُ دَائِماً
Dan pergaulilah manusia itu dengan apa-apa yang engkau sukai daripada mereka semuanya.

8. هَلَكَ امْرُؤٌ لَمْ يَعْرِفْ قَدْرَهُ
Hancurlah seseorang yang tidak tahu dirinya sendiri.

9. رَأْسُ الذُّنُوْبِ الكَذِبُ
Pokok dosa itu, adalah kebohongan.

10. مَنْ ظَلَمَ ظُلِمَ
Barang siapa menganiaya niscaya akan dianiaya.

Friday, 10 June 2016

saudara sekalian mari tingkatkan mutu solat kita dengan memahami setiap lafaz dalam bacaan solat..

moga kita berTAMBAH KHUSYUK
Aamiin...



Takbiratul-Ihram / Takbir







ALLAH MAHA BESAR



Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yg mencipta langit dan bumi,
Dengan suasana lurus dan berserah diri
dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagi-Nya dan kepadaku diperintahkan
untuk tidak menyekutukan bagi-Nya
dan aku dari golongan orang Islam.

SURAH AL-FATIHAH
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai Hari Pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah
dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yg Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai
dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk


Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk dan Bacaan ketika iktidal


Allah mendengar pujian orang yang memuji-Nya. 
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.




Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud


Ya Allah, ampunilah daku,
dan rahmatilah daku,
dan kayakan daku,
dan angkatlah darjatku,
dan rezekikan daku,
dan berilah daku hidayah,
dan sihatkanlah daku,
dan maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal


Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi
dan rahmat Allah serta keberkatann-Nya.
Sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Muhammad


Bacaan ketika Tahiyat Akhir



Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi
dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Muhammad
dan ke atas keluarga Muhammad
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim
dan ke atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad
sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim
dan ke atas keluarga Ibrahim
di dalam alam ini
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung

SALAM
Sejahtera ke atas kamu dan rahmat Allah


Monday, 6 June 2016

Peribahasa Arab :)



1. مَنْ سَارَ عَلىَ الدَّرْبِ وَصَلَ = Barang siapa berjalan pada jalannya sampailah ia

2. َمَنْ جَدَّ وَجَدَ Barang siapa bersungguh-sungguh, dapatlah ia

3. مَنْ صَبَرَ ظَفِرَ = Barang siapa sabar beruntunglah ia


4.  وَمَا اللَّذَّةُ إِلاَّ بَعْدَ التَّعَبِ = Tidak kenikmatan kecuali setelah kepayahan.

5. اُطْلُبِ العِلْمَ مِنَ المَهْدِ إِلىَ اللَّحْدِ = Tuntutlah ilmu sejak dari buaian hingga liang kubur.


Friday, 27 May 2016

kisah dalam kereta api




يحكي

إن رجلا عجوزا كان جالسا مع ابن له يبلغ من العمر 25 سنة في القطار...

وبدا الكثير من البهجة والفضول على وجه الشباب الذي كان يجلس بجانب النافذة.

اخرج يديه من النافذة وشعر بمرور الهواء وصرخ  "أبي انظر جميع الأشجار تسير ورائنا"!!

فتبسم الرجل العجوز متماشيا مع فرحة إبنه.

وكان يجلس بجانبهم زوجان ويستمعان إلى ما يدور من حديث بين الأب وابنه.

وشعرا بقليل من الإحراج فكيف يتصرف شاب في عمر 25 سنة كالطفل!!

فجأة صرخ الشاب مرة أخرى: "أبي, انظر إلى البركة وما فيها من حيوانات, انظر.... الغيوم تسيرمع القطار".

واستمر تعجب الزوجين من حديث الشاب مرة أخرى.

ثم بدأ هطول الامطار, وقطرات الماء تتساقط على يد الشباب, الذي إمتلأ وجهه بالسعادة وصرخ مرة أخرى,

"أبي انها تمطر, والماء لمس يدي, انطر يا أبي".

وفي هذه اللحظة لم يستطيع الزوجان السكوت وسأل الرجل العجوز "لماذ لا تقوم بزيارة الطبيب والحصول غلى غلاج لإبنك؟"

هنا قال الرجل العجوز: "إننا قادمون من المستشفى حيث أن إبني قد أصبح بصيرا لأول مرة في حياته".


Dikisahkan
Bahawa terdapat seorang lelaki tua bersama anak lelakinya kira-kita 25 tahun umurnya di dalam sebuah kereta api.
Terzahir kegembiraan di wajah anaknya itu yang duduk bersebelahan dengan tingkap.
Dia mengeluarkan tangannya ke luar tingkap dan rambutnya diterbangkan angin yang berhembus. Lalu dia menjerit, “Ayahku, lihatlah pokok-pokok itu di sepanjang pandangan kita”!!
Maka tersemyumlah si lelaki tua itu dengan kegembiraan anaknya.
Di sebelah mereka terdapat sepasang suami isteri yang mendengar perbualan di antara bapa dan anak itu.
Dengan rambut yang sikit bagaimana hendak menjangka seorang pemuda 25 tahun berkelakuan seperti kanak-kanak!!
Maka pemuda itu menjerit sekali lagi: “Ayahku, lihatlah ke kolam itu, di dalamnya ada banyak haiwan. Lihat… awan mengekori kereta api”.
Pasangan suami isteri itu terus merasa hairan dengan kata pemuda tersebut.
Kemudian hujan pun turun mencurah-curah. Dan titisan hujan itu jatuh diatas tangan pemuda tersebut dan dia menyapu tangannya ke wajahnya dengan begitu gembira. Lalu dia menjerit, sekali lagi,
“Ayahku, ini hujan, tanganku merasa air hujan, lihatlah ayahku”.
Sementara itu, pasangan suami isteri itu tidak dapat menahan untuk mendiamkan diri lantas bertanya kepada kepada lelaki tua itu, “Kenapa tidak membawanya kepada doktor dan kenalpasti penyakitnya?”

Kemudian lelaki tua itu menjawab: “Kami baru sahaja pulang dari hospital malah anakku ini baru sahaja dapat melihat buat pertama kali dalam hidupnya”.


                                          

Sunday, 22 May 2016

Anda mahu berdiet? Mungkin dengan resepi ini!





السلطة المشكلة                           
المقادير:

2 حبتان من البندورة مقطعة إلى شرائح
2 حبتان من الخيار مقطعين إلى شرائح دائرية
2 حبتان  من الشمندر
3 أوراق من الملفوف الأحمر المفروم
3 أوراق من الخس المفروم
1 كوب من الذرة المعلب والمصفىّ
1 كوب من قلب البلح (مقطعة إلى شرائح بالطول)
2 حبتان من ثمرة الأفوكا مقشرة ومقطعة إلى 4 أقسام
3 جزرات مبشورة 

ااصلصة:

1 معلق طعام من الأفوكا المهروسة
حصان من الثوم المدقوق 
1 ملعقة طعام من الخل 
1/2 كوب من الزيت النباتي
رشة ملح
رشة نعناع يابس



الطريقة:
يسلق الشمندر ويقشر ويقطع  ‘لى شرائح دائرية.
يحضر طبق وتفرد به الخضر: البندورة، الخيار، الشمندروالملفوف، الخس، الذرة، قلب البلح والأفوكا.

لتحضير الصلصة:
توضع كل مكونات الصلصة في مرطبان ويقفل جيدا ويهز ليتجانس جيدا ثم تسكب  الصلصة فوق طبق الخضر بالتساوي وتقدم. 

Salad Campur

Bahan-bahan:

2 biji tomato yang dipotong bulat
2 biji mentimun yang dipotong bulat
2 biji ubi bit merah
3 keping kobis ungu
3 keping salad
1 cawan jagung yang telah dibersihkan
1 cawan kurma muda (dipotong panjang-panjang)
2 biji avocado yang matang, dikupas kulitnya dan dibelah 4
3 batang lobak merah


Kuah/sos:
 1 sudu makan dilumat
Seulas bawang putih yang diketuk
1 sudu makan cuka
½ cawan minyak sayur
Secubit garam
Beberapa daun pudina kering

Cara-cara membuatnya:

Rebus ubit bit merah sehingga empuk, kemudian kupas dan potongkannya berbentuk bulat. Campurkannya dengan sayur-sayur yang lain: tomato, mentimun, kobis, lobak merah, daun salad, jagung, kurma muda dan avocado.

Cara untuk membuat sosnya:

Letakkan semua bahan-bahan untuk membuat sos tadi di dalam mangkuk, kemudian kacau sehingga sebati. Kemudian tuangkan sos diatas sayuran campur secara rata dan hidangkan.
  
Hasil carian imej untuk salad campur
:)