Saturday, 30 April 2016

Apakah Proses Menterjemah?

  

Apakah proses menterjemah yang sebenarnya????

Menurut Nida dan Tiber proses menterjemah ialah :


  Proses Menterjemah........

1) Teks Sumber. 

Teks sumber merupakan teks terjemahan yang kita akn gunakan untuk menterjemah. Sebelum kita hendak menterjemah, kita perlu tahu jenis teks yang kita hendak terjemah dahulu.  Sudah pasti sebelum kita hendak menterjemah juga kita perlu tahu Bahasa Sumber bagi memudahkan untuk kita melakukan proses penterjemahan sesebuah teks..

2) Analisis teks.

Setelah kita mengenalpasti teks sumber, kita perlu menganalisis sebuah teks tersebut. Antara kaedah yang kita boleh guna dalam menganalisis teks ini adalah seperti Kamus. Pengunaan kamus boleh kita lakukan apabila mendapati kesukaran untuk menterjemah seseuatu perkataan. Selain itu juga kita boleh menganalisis B.Sumber yang jarang kita gunakan seperti peribahasa dan sebagainya. 

3) Pemindahan

Dalam melakukan terjemahan, proses Pemindahan adalah satu proses yang sangat penting . Ia perlu mencari suatu padanan yang sesuai/ sepadan/ sejadi dalam menterjemah. kadang-kadang dalam pemindahan terjemahan ini biasanya ia berlaku dalam fikiran. Ia dikenali sebagai Proses batin. Dalam proses pemindahan ini kita akan menukar Teks sumber kepada Bahasa Sasaran. Contohnya Bahasa Sumber adalah B.Arab, kita akan melakukan pemindahan bahasa kepada B.sasaran yang dikehendaki. Kadang-kadang dalam melakukan proses ini akan berlaku pemincangan makna dan konotasi.

4) Penstrukturan Semula

Setelah kenal pasti ketiga-tiga proses diatas, seterusnya penterjemah perlu menstrukturkan semula teks sumber kepada bahasa sasaran yang mudah difahami. Selain itu, gaya bahsa juga hendaklah digunakan dengan betul bagi memudahkan para pembaca untuk memahami maksud yang hendak disampaikan daripada teks tersebut. Ayat yang digunakan juga hendaklah ringkas dan mudah difahami. Akhir sekali, tanda baca dan tanda wacana adalah paling penting dalam proses ini.

5) Proses Memeriksa/ Menyemak.

Dalam Proses ini, kita boleh lakukannya dengan sendiri. Selain itu, Penterjemah boleh merujuk kepada Ahli pakar dalam bidang penterjemah secara bersemuka untuk mementapkan lagi hasil terjemahan yang dilakukan. Ia merupakan tugas yang sukar dalam proses ini.

6) Proses Menyunting

Dalam proses ini, ia sangat penting dalam proses yang terakhir untuk menterjemah teks sumber. Setiap teks yang diterjemah perlu disunting untuk membuang bahan yang tidak diperlukan. Ianya juga bertujuan mewujudkan gaya yang seragam sekiranya teks itu diterjemahkan oleh ramai orang.

kesimpulannya, Semua proses perlu difahami dengan baik agar tugas-tugas penterjemahan dapat dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Untuk menjadi Penterjemah yang baik, kita perlu menguasai proses-proses ini untuk menghasilkan sebuah terjemahan yang berkualiti.....




sekian terima kasih.....