.وهي بذلك تغضب الفراش والنحل
Zozo ialah seekor zirafah yang mempunyai leher yang panjang. Kesemua haiwan yang kecil amat takut kepadanya namun demikian Zozo adalah seekor zirafah yang baik. Apabila haiwan -haiwan kecil lain melihatnya, mereka akan lari ke belukar kerana takut akan lehernya yang panjang. Hal ini kerana mereka takut kalau-kalau lehernya akan jatuh menimpa mereka. Bukan itu sahaja, oleh kerana lehernya yang panjang juga, Zozo sendiri hampir tidak melihat arnab dan kura-kura yang kecil berselisih dengannya. Bahkan ada satu ketika Zozo sedang bersiar-siar di taman yang cantik, dia sama sekali tidak sengaja memijak bunga-bunga disitu. Kejadian ini telah menyebabkan rama-rama dan lebah naik angin kepadanya.

Biarpun Zozo ini seorang yang baik hati namun disebabkan kecuaiannya menyebabkan kesemua haiwan kurang bersenang hati. Apabila Zozo mengetahui akan hal ini, dia berasa begitu sedih dan menangis. Masakan tidak, Zozo sangat sayang kepada mereka tetapi mereka memperlakukannya sedemikian.

Setelah berlalu hari demi hari, tiba-tiba Zozo terlihat ribut pasir yang menghampiri kawasan penempatan mereka. Ketika itu hanya dia yang melihatnya kerana haiwan yang lain lebih rendah darinya. Maka Zozo pun memberi amaran kepada rakan-rakannya akan kedatangan ribut pasir tersebut. Hal ini membuatkan masing-masing terkejut dan berusaha untuk menyelamatkan diri sebelum ribut tersebut memusnahkan segalanya dengan bersembunyi didalam rumah, didalam gua dan dibatang pokok.
Selepas berakhirnya ribut, masing-masing datang meminta maaf kepada Zozo atas kesilapan yang mereka lakukan. Kemudian mereka saling bersahabat semula dan Zozo pun berasa amat gembira.
#http://mawdoo3.com/
