Tuesday, 19 April 2016

قصة الزرافة زوزو-Kisah Zirafah Zozo




                                                           .وهي بذلك تغضب الفراش والنحل                                    


            Zozo ialah seekor zirafah yang mempunyai leher yang panjang. Kesemua haiwan yang kecil amat takut kepadanya namun demikian Zozo adalah seekor zirafah yang baik. Apabila haiwan -haiwan kecil lain melihatnya, mereka akan lari ke belukar kerana takut akan lehernya yang panjang. Hal ini kerana mereka takut kalau-kalau lehernya akan jatuh menimpa mereka. Bukan itu sahaja, oleh kerana lehernya yang panjang juga, Zozo sendiri hampir tidak melihat arnab dan kura-kura yang kecil berselisih dengannya. Bahkan ada satu ketika Zozo sedang bersiar-siar di taman yang cantik, dia sama sekali tidak sengaja memijak bunga-bunga disitu. Kejadian ini telah menyebabkan rama-rama dan lebah naik angin kepadanya.                                    







Biarpun Zozo ini seorang yang baik hati namun disebabkan kecuaiannya menyebabkan kesemua haiwan kurang bersenang hati. Apabila Zozo mengetahui akan hal ini, dia berasa begitu sedih dan menangis. Masakan tidak, Zozo sangat sayang kepada mereka tetapi mereka memperlakukannya sedemikian.








Setelah berlalu hari demi hari, tiba-tiba Zozo terlihat ribut pasir yang menghampiri kawasan penempatan mereka. Ketika itu hanya dia yang melihatnya kerana haiwan yang lain lebih rendah darinya. Maka Zozo pun memberi amaran kepada rakan-rakannya akan kedatangan ribut pasir tersebut. Hal ini membuatkan masing-masing terkejut dan berusaha untuk menyelamatkan diri sebelum ribut tersebut memusnahkan segalanya dengan bersembunyi didalam rumah, didalam gua dan dibatang pokok. 


Selepas berakhirnya ribut, masing-masing datang meminta maaf kepada Zozo atas kesilapan yang mereka lakukan. Kemudian mereka saling bersahabat semula dan Zozo pun berasa amat gembira.




#http://mawdoo3.com/


Hasil carian imej untuk zirafah

Thursday, 7 April 2016

رجل عجوز مظلة كبيرة



Ketika aku pulang ke rumahku di dalam suasana hujan yang lebat, aku mendapati seorang lelaki tua berjalan dengan sekaki payung yang besar. Maka aku segera berjalan merapatinya untuk melindungi diriku daripada terkena titisan hujan. Sebaik sahaja kami sampai ke pintu masuk rumahnya, lelaki tua itu menutup payung lalu memberikan payung itu kepada aku. kemudian berkata
 "Di sini rumahku, dan sekarang aku tidak memerlukannya lagi. Ambillah payung ini kerana kamu memerlukannya, dan berikanlah kepada sesiapa yang memerlukannya selepas kamu".


Sunday, 3 April 2016

الجندب والنملة



   



Belalang dan Semut

Pada hari yang begitu sejuk, Belalang datang mengetuk pintu rumah Si Semut. Hampir-hampir sahaja cuaca sejuk itu membunuhnya. Dia begitu berharap agar Semut dapat berkongsi makanan dengannya.
Maka Semut berkata kepadanya, "Wahai Belalang, apakah yang telah kau lakukan pada musim panas?"
Jawab Belalang, "Ketika waktu panas, aku hanya berfoya-foya dengan rakan belalangku yang lain di ladang gandum dan anggur. Dan kami lupa akan kedatangan musim sejuk dan kelaparan. Malah kami langsung tidak menyimpan sebarang makanan.
Maka Semut berkata, "Kau telah menghabiskan hari-hari kau dengan berhibur dan sekarang habiskanlah musim sejuk ini sebagai penari". Dan Semut pun menutup pintu.
 Belalang hanya berlalu pergi dengan rasa sedih dan hampa.



Saturday, 2 April 2016

" Jika Anda Tidak Pandai mengarang, Maka Jadilah seorang penyunting,
dan Jika Anda tidak pandai Mengarang Atau Menyunting, Maka Jadilah seorang Penterjemah" 

اسلام عليكم ورحمةالله وبركة
 Alhamdulillahi Rabbil Alamiin...pada semester ini saya dan rakan-rakan saya telah diberikan satu tugasan ilmiah yang berbentuk Blogger untuk menyiapkan tugasan subjek kami iaitu " Terjemahan Arab -Melayu, Melayu -Arab" atau lebih mesra di panggil "TAMA". Oleh itu, tujuan Blog ini dicipta adalah untuk berkongsi maklumat serba sedikit mengenai bab Terjemahan. Insya-Allah, saya dan sahabat-sahabat saya akan berkongsi ilmu di dalam blog ini.


Perkongsian saya pada hari ini adalah untuk lebih tahu Mengapa Kita perlu menterjemah????

Baiklah...sebelum kita masuk lebih dalam lagi saya ingin menjelaskan apa itu terjemahan? Sudah pasti, sebelum kita nak mahir dalam menterjemah kita perlu tahu apa terjemahan bukan....

Setiap pakar memiliki definisi yang berbeza terhadap terjemahan, terutama dalam penggunaan istilah. Akan tetapi,  setiap definisi tersebut memiliki maksud yang sama. Definisi penerjemahan yang diambil dari pendapat beberapa ahli Terjemahan yang digunakan sebagai bahan untuk memahami erti terjemahan. Terdapat beberapa pendapat antaranya ialah :

1.Mu ،jam al-mustalahat al- ،Arabiyyah fi al-lughah wa al-adab (1984:94) :
 mentakrifkan terjemahan sebagai menulis semula sesuatu perkara / topik dengan bahasa yang bukan bahasa asalnya.

2.Catford (1965: 20; 1996: 24):
 mengatakan bahawa penterjemahan ialah penggantian bahan teks dalam satu bahasa (BS) dengan bahan teks yang sepadan dalam bahasa lain (BT).

3. Dalam buku mereka The Theory and Practice of Translation, Nida dan Taber (1982:12): Translating consists in reproducing in the receptor language the closest natural equivalent of the source language message, first in terms of meaning and secondly in terms of style.
Takrif ini menyarankan agar kita mencari padanan terjemah yang sehampir mungkin atau yang paling sejadi dengan teks asal, pertamanya dari segi makna dan keduanya dari segi gaya. Dalam buku ini juga, Nida dan Taber memperkenalkan kepada kita konsep atau cara baru menterjemah. Kalau sebelum ini kita diajarkan agar memberi penekanan kepada bentuk pesan atau mesej, tetapi mengikut cara baru, kita disarankan agar lebih memberi tumpuan kepada respon atau tindak balas pembaca sasaran atau penerima mesej. Ini bermakna, terjemahan boleh dikatakan baik sekiranya ia boleh difahami dengan mudah oleh pembaca sasaran. Makna dan gaya yang terdapat dalam teks sasaran juga hendaklah tidak menyimpang daripada gaya dan makna yang terdapat dalam teks sumber. Oleh sebab itu, Nida mengemukakan konsep " the closest equivalent of the source language, first in terms in meaning and secondly in terms of style". Akan tetapi, perlu diperhatikan agar padanan itu sesuai atau sepadan dengan lenggok atau idiom bahasa sumber.

Itu adalah antara definisi daripada beberapa pakar dalam bidang terjemahan ini. Setelah kita tahu apa itu maksud terjemahan, kita perlu tahu kenapa kita perlu menterjemah?? 


Untuk pengetahuan kita, dalam dunia bahasa ini tidal semua masyarakat tahu tentang pelbagai bahasa itu. Oleh itu, kenapa perlu adanya terjemahan ini adalah untuk memudahkan kita memahami bahasa asing yang bukan menjadi bahasa sumber kita. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk menyatukan satu hubungan di antara dua pihak yang berlainan bangsa melalui komunikasi. Selain itu juga, ianya bertujuan untuk memindahkan ilmu dan teknologi. Akhir Sekali, Ia bertujuan untuk memindahkamn dari satu budaya kepada satu budaya yang lain. Contohnya seperti Budaya Membaca. 

Kesimpulannya, Seorang penterjemah haruslah ada satu sifat yang mesti ada di dalam diri seorang penterjemah iaitu MINAT dalam bidang menterjemah. sekiranya seseorang itu menjadi penterjemah tanpa mempunyai minat, maka ianya tidak akn menjadi seorang penterjemah yang baik. Dari Minat maka terlahirlah Sebuah Karya Terjemahan Yang Hebat..

sekian terima kasih.....