Saturday, 2 April 2016

" Jika Anda Tidak Pandai mengarang, Maka Jadilah seorang penyunting,
dan Jika Anda tidak pandai Mengarang Atau Menyunting, Maka Jadilah seorang Penterjemah" 

اسلام عليكم ورحمةالله وبركة
 Alhamdulillahi Rabbil Alamiin...pada semester ini saya dan rakan-rakan saya telah diberikan satu tugasan ilmiah yang berbentuk Blogger untuk menyiapkan tugasan subjek kami iaitu " Terjemahan Arab -Melayu, Melayu -Arab" atau lebih mesra di panggil "TAMA". Oleh itu, tujuan Blog ini dicipta adalah untuk berkongsi maklumat serba sedikit mengenai bab Terjemahan. Insya-Allah, saya dan sahabat-sahabat saya akan berkongsi ilmu di dalam blog ini.


Perkongsian saya pada hari ini adalah untuk lebih tahu Mengapa Kita perlu menterjemah????

Baiklah...sebelum kita masuk lebih dalam lagi saya ingin menjelaskan apa itu terjemahan? Sudah pasti, sebelum kita nak mahir dalam menterjemah kita perlu tahu apa terjemahan bukan....

Setiap pakar memiliki definisi yang berbeza terhadap terjemahan, terutama dalam penggunaan istilah. Akan tetapi,  setiap definisi tersebut memiliki maksud yang sama. Definisi penerjemahan yang diambil dari pendapat beberapa ahli Terjemahan yang digunakan sebagai bahan untuk memahami erti terjemahan. Terdapat beberapa pendapat antaranya ialah :

1.Mu ،jam al-mustalahat al- ،Arabiyyah fi al-lughah wa al-adab (1984:94) :
 mentakrifkan terjemahan sebagai menulis semula sesuatu perkara / topik dengan bahasa yang bukan bahasa asalnya.

2.Catford (1965: 20; 1996: 24):
 mengatakan bahawa penterjemahan ialah penggantian bahan teks dalam satu bahasa (BS) dengan bahan teks yang sepadan dalam bahasa lain (BT).

3. Dalam buku mereka The Theory and Practice of Translation, Nida dan Taber (1982:12): Translating consists in reproducing in the receptor language the closest natural equivalent of the source language message, first in terms of meaning and secondly in terms of style.
Takrif ini menyarankan agar kita mencari padanan terjemah yang sehampir mungkin atau yang paling sejadi dengan teks asal, pertamanya dari segi makna dan keduanya dari segi gaya. Dalam buku ini juga, Nida dan Taber memperkenalkan kepada kita konsep atau cara baru menterjemah. Kalau sebelum ini kita diajarkan agar memberi penekanan kepada bentuk pesan atau mesej, tetapi mengikut cara baru, kita disarankan agar lebih memberi tumpuan kepada respon atau tindak balas pembaca sasaran atau penerima mesej. Ini bermakna, terjemahan boleh dikatakan baik sekiranya ia boleh difahami dengan mudah oleh pembaca sasaran. Makna dan gaya yang terdapat dalam teks sasaran juga hendaklah tidak menyimpang daripada gaya dan makna yang terdapat dalam teks sumber. Oleh sebab itu, Nida mengemukakan konsep " the closest equivalent of the source language, first in terms in meaning and secondly in terms of style". Akan tetapi, perlu diperhatikan agar padanan itu sesuai atau sepadan dengan lenggok atau idiom bahasa sumber.

Itu adalah antara definisi daripada beberapa pakar dalam bidang terjemahan ini. Setelah kita tahu apa itu maksud terjemahan, kita perlu tahu kenapa kita perlu menterjemah?? 


Untuk pengetahuan kita, dalam dunia bahasa ini tidal semua masyarakat tahu tentang pelbagai bahasa itu. Oleh itu, kenapa perlu adanya terjemahan ini adalah untuk memudahkan kita memahami bahasa asing yang bukan menjadi bahasa sumber kita. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk menyatukan satu hubungan di antara dua pihak yang berlainan bangsa melalui komunikasi. Selain itu juga, ianya bertujuan untuk memindahkan ilmu dan teknologi. Akhir Sekali, Ia bertujuan untuk memindahkamn dari satu budaya kepada satu budaya yang lain. Contohnya seperti Budaya Membaca. 

Kesimpulannya, Seorang penterjemah haruslah ada satu sifat yang mesti ada di dalam diri seorang penterjemah iaitu MINAT dalam bidang menterjemah. sekiranya seseorang itu menjadi penterjemah tanpa mempunyai minat, maka ianya tidak akn menjadi seorang penterjemah yang baik. Dari Minat maka terlahirlah Sebuah Karya Terjemahan Yang Hebat..

sekian terima kasih.....